Tuesday 23 August 2011

Sejarah 1 Tema 2


HURAIKAN EMPAT UNSUR PENTING PEMBENTUKAN NEGARA DAN JELASKAN TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SESEBUAH NEGARA DENGAN MEMBERIKAN CONTOH.

A. Pengenalan (4m)

a) huraian maksud negara : negara ialah satu wilayah yang ditadbir oleh beberapa jabatan kerajaan serta memperolehi kepercayaan dan taat setia daripada rakyat  dalam peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
b) sifat-sifat negara iaitu sifat memaksa dengan menggunakan kekerasan fizikal secara sah supaya peraturan-peraturan negara dipatuhi oleh rakyat, sifat monopoli dalam menetapkan tujuan  masyarakat, sifat merangkum segala peraturan dan undang-undang yang digubal adalah untuk semua rakyat.
c) kaitan dengan soalan

B. Isi-isi Penting

1.       Empat unsur  penting pembentukan Negara ialah: (4 isi X  2m=8m)

a.      Wilayah          
·         Setiap negara mempunyai kawasan di muka bumi serta sempadannya.
·         pengaruh sesebuah negara  meliputi seluruh wilayahnya termasuk laut dan ruang angkasa.

b.      Penduduk
·         penduduk sesebuah Negara meliputi semua penduduk di dalam wilayah tersebut.
·         penduduk sesebuah negara mempunyai ciri-ciri khas yang membezakan daripada bangsa lain seperti kebudayaan, nilai-nilai politik dan identiti nasional
·         persamaan seperti bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan semangat nasionalisme yang tinggi.

c.      Pemerintah.
·         Setiap Negara mempunyai satu badan yang mempunyai kuasa untuk menggubal dan melaksanakan peraturan-peraturan di wilayah-wilayah tersebut.
·         Pemerintah bertindak atas nama Negara dan memperolehi kuasa daripada Negara.

b.      Kedaulatan:

·         Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi untuk membuat undang-undang dan       melaksanakannya.
·         Dalam  pelaksanaan undang-undang,Negara mempunyai kuasa untuk memaksa penduduk mematuhi peraturan dan undang-undang tersebut.
·         Negara juga turut mempertahankan kedaulatannya daripada serangan luar.


2.       Tahap-Tahap Perkembangan Negara: ( 5 isi X 2m=10m)
O             
a.      Negara Kota.

·         Semua Negara kota terletak di sebuah Negara kota yang tetap dengan satu set Undang-undang dan kerajaan yang telah maju.
·         Raja-raja dalam Negara kota ini adakalanya memerintah satu kumpulan Negara      kota yang lain setelah ditakluki.
·         Rom berjaya sebagai Negara kota penakluk berbanding dengan Negara lain kerana mengiktiraf realiti bahawa ia tidak boleh mengasimilasi sepenuhnya
·         Bangsa Rom membiarkan urusan hal ehwal pentadbiran negeri yang ditakluk Kepada penduduk negeri tersebut.

b.      Negara Empayar
  
·         Empayar muncul apabila empayar Rom meluaskan  wilayahnya meliputi tiga benua.
·         Empayar ini wujud pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain dan Shih Huang Ti dalam empayar Chin.
·         Penubuhan dan penciptaan empayar sejagat menjadi lebih sukar apabila Negara  bertambah dan menjadi lebih kuat.

d.      Negara Kristian:

·         Pada zaman pertengahan Negara kurang penting daripada gereja.
·         Gereja berkuasa dalam melantik raja dan menyingkirkan putera-putera raja lalu  menentukan dasar-dasar awam
·         Kejatuhan Eropah Barat ke tangan orang gasar pada tahun 476M menyaksikan    kemunculan agama kristian  sebagai institusi yang menjadi penyelamat bagi Eropah.
·         Agama Kristian secara langsung mempunyai pengaruh yang besar dalam semua aspek  Kehidupan masyarakat.
·         Pada tahun 476-1000M dianggap Negara Kristian.

d.      Negara Feudal:
·         Selepas kejatuhan empayar Rom pada tahun 800 M muncul satu institusi  politik  yang dikenali sebagai feudalisme.
·         Feudalisme mewakili satu susunan tanggunggjawab yang kompleks dan obliges dikalangan individu. dari kelas terbawh(serf) hingga kepda raja.
·         Setiap serf memberi  sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi
·         Golongan yang lebih tinggi ialah pahlawan,bangsawan dan raja.
·         Setiap golongan bangsawan berjanji untuk memberi perlindungan kepada mereka yang memberi kesetiaan.

e.      Negara Bangsa

·         Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan membuka jalan    kepada perubahan besar di Eropah.
·         Antaranya ialah kemunculan Negara bangsa dan kesedaran kebangsaan.
·         Pada zaman ini  semangat cinta akan Negara begitu ketara berbanding dengan zaman pertengahan kerana mereka memberi kesetiaan kepada tuan tanah.

C. Kesimpulan (3m)

Walaupun apa fahaman dan aliran yang dianuti oleh sesebuah Negara itu tetapi pembentukannya tetap sama iaitu berskisar kepada empat unsur penting iaitu wilayah, penduduk,pemerintah dan kedaulatan. Unsur-unsur inilah akhirnya telah melahirkan Negara kota, empayar, Negara feudal dan Negara moden.