BINCANGKAN SUMBANGAN HAMMURABBI DALAM PEMBENTUKAN DAN PENGUKUHAN EMPAYAR BABYLON
A. Pengenalan
i) Empayar Babylon merupakan salah satu negara empayar yang terdapat dalam Tamadun Mesopotamia selain Empayar Akkadia, Empayar Assyria, Empayar Chaldea dan Empayar Sumeria.
i) Latar belakang = Empayar Babylon diasakan oleh Sumu Abum, seorang ketua kaum Amorite pada tahun 1894 S.M. Empayar ini mencapai kegemilangan semasa zaman pemerintahan Hammurabbi (1792-1750S.M)
ii) Kaitan dengan soalan = Pemerintah Hammurabi memainkan pelbagai peranan yang penting dalam memastikan kekukuhan dan kekuatan Empayar Babylon.
B. Isi (5X4m=20m)
i) Dasar
- tubuhkan empayar yang besar melalui dasar perluasan kuasa yang agresif – lancarkan ekpedisi ketenteraan untuk luaskan pengaruh dan kekuasaan Babylon
- Contoh kempen ketenteraan :
* menawan Isin dan mara ke Selatan hingga Uruk = 1786S.M
* menawan Malgum = 1785 – 1782 S.M
* menawan Rapiqum = 1781 S.M
* menyerang Larsa dan menewaskan pakatan tentera Guti, Elam, Assyria, & Eshunna
* menewakan Assyria = 1756S.M
- melalui kempen/ekspedisi ketenteraan = empayar Babylon terbentang hingga meliputi wilayah Sumer, Akkad, dan Asyria
ii) Pentadbiran
- Hammmurabi ambil langkah wujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh.
- laksanakan dasar kekerasan dan kesederhanaan dalam menangani masalah dalam dan luar negara
- bahagikan empayar kepada wilayah – wujudkan pemerintahan pusat dan pemerintahan wilayah
- gabenor (ensi) dilantik utk mentadbir wilayah – mereka dikawal ketat – perlu laporkan segala tindakan kepada kerajaan pusat
- tubuhkan “Assembly of Elders’ di peringkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadili kes2 kecil
iii) Ketenteraan
- memiliki organisasi ketenteraan yang sistematik
- rekod pendaftaran askar yang lengkap disimpan dalam buku pendaftaran negara
- anggota tentera yang melepaskan diri tanpa pengganti akan dikenakan tindakan tegas
- dalam kod undang2 Hammurabi
* tentera diberi hak2 istimewa- dikurniakan binatang ternakan dan tanah yang tidak boleh dipindah milik
* pegawai2 atasan tidak dibenarkan mengeksploitasi anggota tentera
- memperbaharui taktik peperangan dgn menggunakan kereta kuda secara meluas
- menjelang abad pertama S.M – pasukan tentera berkuda ditubuhkan
iv) Perundangan
- perkenalkan kod undang2 = Kod Undang2 Hammurabi = 282 fasal meliputi perkara2 peradagangan, perkahwinan, kekeluargaan, pertanian, perwarisan harta, dan kesalahan jenayah
- menetapkan hukuman berat terhadap sesiapa yang cuba ubah mana2 kod
- golongan hamba diberi hak dan dilindungi
- hukuman berat = hukuman mati & hukuman sebat dikenakan terhadap seseorang yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab hingga menyebabkan kematian
- melindungi hak pengguna daripada teraniaya dan ditipu oleh peniaga
- Undang2 Hammurabi mewujudakan keamanan dalam empayar Babylon
v) Perkembangan intelektual
- Bidang Matematik = perkenalkan sistem angka; dua sistem menulis angka iaitu sistem perpuluhan dan perenam puluhan. Hasilkan dua teks Matematik = table text & problem text
- Bidang Perubatan = berkembang pesat dan dikawal oleh kerajaan. Doktor2 diberi penghormatan tinggi dan dilantik untuk berkhidmat di istana. Terdapat 9 fasal dalam Kod Undang2 Hammurabi berkaitan dengan pembedahan.
- perkembangan dalam bidang intelektual melambangkan kegemilangan empayar ini
C. Penutup (2m) (Penilaian)
- empayar babylon mula mengalami kemerosotan dan kejatuhan selepas kematian Hammurabi .Hal ini membuktikan bahawa kegemilangan dan kekukuhan sesebuah negara/ empayar itu, sangat bergantung kepada kewibawaan dan kebijaksanaan pemimpin bagi menjamin kestabilan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.